Calon Barisan Nasional, BN Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berikrar untuk merampas semula kerusi berkenaan tanpa menggunakan populariti bapanya untuk menarik pengundi.<br /><br />Sebaliknya, anak sulung kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang juga bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, gerak kerja yang dilakukan di kawasan itu akan menjadi pertimbangan pengundi.